Online Diary inibelogpendekpunyer: 2013

Selasa, 24 Disember 2013

Resepi Ikan Masak Stim :)

Assalamualaikum semua . .

Lama dah rasanya tak makan ikan masak stim nie . 
Tiba tiba lak mai rasa nak makan tuh . 
Aummm kecur air liur macam nih .. 
Jom masak . SimpLe tapi sEdaP . :)


Bahan - bahan ( 1 hidangan )

  • 1 ekor ikan segar ( tak kisah la ikan ape pon )
  • 2 batang serai ( diketuk )
  • 1/2 inci halia (diketuk )
  • 1/2 inci lengkuas ( diketuk )
  • 3 ulas bawang putih ( diketuk )
  • 5-7  biji cili api ( diketuk )
  • 1 sb sos tiram
  • 1/2 sb sos ikan
  • 4 sb jus limau campur ( limau nipis + limau kasturi )
  • 4 sb susu cair
  • 1 biji tomato ( dibelah 4 )
  • 1 labu bawang besar ( dihiris )
  • sedikit daun sup & daun bawang ( dihiris )
  • 1 biji cili merah ( dihiris )
  • sedikit garam
  • 1-1 1/2 liter air
  • sedikit cendawan dan bunga kubis
  • 1 sb tepung jagung ( dibancuh dengan sedikit air )

Cara - cara 
  1.  Didihkan air di dalam kuali . Masukkan serai , bawang putih , halia, cili api,dan lengkuas. Kemudian masukkan ikan . Gunakan api sederhana .  
  2. Kemudian masukkan bawang besar , sos ikan , sos tiram , cili merah , cendawan , bunga kubis , daun sup , dan daun bawang . Kacau dengan perlahan
  3. Akhir sekali , masukkan susu cair , jus limau , garam , tepung jagung dan tomato . Biarkan mendidih seketika . Tutup api dan hidangkan . Senangkan :)

Selamat mencuba :*


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Jumaat, 22 November 2013

Sahabat Kini dan Selamanya .

Assalamualaikum . . . 
Lame dah x ' berblogging ' nie kan . 

Hari ira xdop story mory sangat pon . 
saja2 nak upload gambar aktiviti yang ira buat hari nie ..
Hari nie kiteorang pergi pantai.. Pantai kiteorg ade ICT taw ...
Kelazzz ko jah . Haha Jangan ingt kat Shah Alam je ade ICT nie .

Korang tahu ape tu ICT ????
ICT tu Ikan Celup Tepung laaaa . haha
Hari nie kiteorang 'Happy' sangat walaupun geng kiteorang 
masih tak cukup 'Seorang' . Kiteorang dah ajak diye tapi diye tak pi
nak buat camne kang .
So , Kiteorang pergi jela setakat yang ade nie .
Tak kisah la asal kiteorang happy . :)

Kalau kita nie asyik memikirkan perasaan  orang ,
dah tu bila kita nak pikir tentang perasaan  kita lak kan .

Hari nie Azly belanja kiteorang... best gilerr . hehe
Bab orang belanja emang laju la kan :P









Along , Aziera , Athirah , Azly , Saibah , Luqman












Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Jumaat, 1 November 2013

Kita Putus !!

Assalamualaikum...





Akhirnya saya tahu juga sebab awak layan macam ni..
sebabnya awak dah ada perempuan lain kan..
sebelum nie bukan main lagi awak kata awak nak jadi
milik saya sorang , tapi hakikatnya awak dah ada orang 
lain tanpa pengetahuan saya..

macam orang bodoh saya tunggu awak taw..
saya je yang terhegeh-hegeh dekat awak selama nie..
awak tak layan saya, saya tak kisah coz saya ingat
awak sibuk study..

sebelum nie awak beri macam-macam alasan dekat saya...
sibuk nak study laa,assignment banyak tak siap la..
saya bagi awak masa tuk uruskan semua tu..
saya tak kisah sebab saya percayakan awak..

last sekali awak tipu saya.....
saya dapat tahu nie dari orang lain dulu taw..
kalau awak nak orang lain,, awak bagitahu jela dekat saya..
saya leyh terima hakikat tu dan undur diri..
tapi awak senyap je..

kawan-kawan saya banyak kali dah nampak awak pergi 
dating dengan dia..
tapi saya buat xtaw je sebab saya tak pernah nampak lagi..
hari last sebelum kita habis sem tu...
saya tengok awak jalan dengan dia..

hati saya hancur awak..
awak tak kasihan ke dekat saya awak??
saya sayang awak sangat-sangat...
tapi tak apalah awak..

saya terima apa yang awak buat dekat saya..
TAPI awak kena ingat satu perkara...
kalau awak cari saya balik.. 
saya takkan terima awak dah taw...

saya akan belajar lupakan awak :'(





TERIMA KASIH AWAK , ASBK . . .
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sabtu, 12 Oktober 2013

Kawan Sejati !

Assalamualaikum kawan ?




Saya sayang awak,
Tapi kenapa awak buat kawan awak cmni..
Saya jaga hati awak,
saya tak mahu lukakan hati orang yang saya sayang,,
tapi pernahkan awak fikir perasaan kawan awak
nie sekali..

Kawan !
Apa salah saya pada awak ?
Kalau awak tak suka kawan dengan saya,,
baik awak terus terang jela..
saya tak kesah .. :'(

Saya ingat dengan awak la saya dapat luahkan segalanya,,
Tapi saya silap :(

Masa awak susah , saya lah orang yang selalu awak cari..
Tapi..
Masa awak senang , ada awak ingat saya ?




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saya SAYANG Awak !




Awak ,
Sampai bila awak nak bersikap camnie ?
Saya dah cuba bertahan dengan sikap awak tu..
Saya diamkan diri bukan sebab saya benci awak,
Tapi..
Sebab saya cuba fahami awak,apa yang awak nak ..

Saya tahu mungkin awak kata saya benci awak,
Tapi semua tu takkan berlaku kerana saya terlalu sayangkan awak !!

Awak !
Saya sakit la hidup dalam menanggung rindu camni ,
Saya tak pasti adakah awak rindu kan saya atau mungkin awak dah lupakan saya .

Awak..
Setiap kali saya teringat pasal kita,
pasti saya akan menangis..
Walaupun saya cuba tahan, airmata nie ttap mnitis juga..

Awak ? awak sayang saya lagi tak ???



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sabtu, 21 September 2013

Awak!!



Awakk!!
Kenapa awak susah sangat nak faham perasaan saya ??
Saya tak minta banyak pun dari awak..
Saya cuma inginkan perhatian n kasih sayang dari awak jer..
tak lebih pun...

Saya tahu saya bukan lah seperti yang awak inginkan..
Tapi saya ikhlas sayang awak...
Saya berubah demi awak...
Saya cuba buat yang terbaik untuk awak..
Tapi awak masih tak sedar semua tu...

Demi kasih saya dekat awak,,
Saya korbankan perasaan saya...
Awak tak sedar awak dah banyak lukakan hati saya,,
Tapi kasih nya saya pada awak..
Saya buat tak peduli dengan semua tu...

Awak,
Adakah saya nie terlalu mementingkan diri sendiri dengan
meminta kasih dari awak..??????

Awak,
Awak dah banyak berubah sekarang nie..
Awak dah tak ambil peduli pasal saya lagi..

Saya rindu awak yang dulu..
Yang selalu ambil berat pasal saya,
Yang jaga kesihatan saya,
Yang selalu bertanya khabar,

Mungkin nie dugaan buat kita awak..

Saya terima segala keputusan awak,
Saya redha kalau nie bukan jodoh kita ;'(

Awakk !! Saya sayang awak ..




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sabtu, 8 Jun 2013

Polimas Ohh Polimas :)

Assalamualaikum semua...

Sudah lame ira tak berceloteh kat sini kan ,, korang rindu kite tak ?? hihi .. sdah cnfirm2 punyer tak rindu lettew~~

Meh cini ira bagitahu sebab pe da lame ira biar kan blog nim berhabuk..
Sebenar nyer ira dapat tawaran tuk sambung belajar kat POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH,JITRA,KEDAH.. Terkejut ***** jugak lah lepas dapat taw belajar kat sane,, dari TERENGGANU ke KEDAH bukan dekat siott~

Macam2 perasaan ade bila memikirkan hal nie,, bukan senang nk berjauhan ngn keluarga N orang tersayang nie,, Sedeyhh taw!! nak nangis pon ade.. :( (emang da nangis pon)

Banyak perkara yang perlu di uruskan sebelum pergi nie,, kene pergi hospital lagi,, wisma yayasan lagi,, bank lagi... Adoiii pening cek cmniii.. tak pernah buat perkara susah cmne.. Barang2 yang nk bawak bukan nyer cikit,, maklum la perempuan kan.. Kan senang lau bawak umah pergi sana terus,, xde la susah2 cmnee..

Kat KEDAH tu bukan ade sedara mara pon,, cmne nie.. patut ke ira tukar POLI .. ?? Makkk,, xnak pergi aci tak?? hihi . Takut lar :(

Sepupu ira pon dapat poli gak,, tapi dye dapat kat PAHANG,, dekat je dgn TERENGGANU nie,, xde la takut sangat kan,, Stress nyer la !

Ira Sayang nak tinggal korang!!


 Kembar 4 

Shafiq Fitri

Ayah, Mak n Aqeef
Keluarga Kakak

Alya Humaira


Okey lah sampai sini dulu,, banyak barang lagi yang belum kemas nim.. kemas barang dulu yep ,, Bye 

ASSALAMUALAIKUM


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Rabu, 22 Mei 2013

Homemade Chicken Chop :)

Assalamualaikum... 

Korang pernah makan chicken chop x ? pernah kan , tapi tak tahu camne nak buat kat rumah . Jom eyra tunjukkan kan resepi yang paling mudah dan menjimatkan kos . Lepas nie xpayah la susah2 nak pergi kedai kan :)


Bahan - bahan :

Chicken chop & sos lada hitam :

4 bahagian peha/dada ayam (di buang tulang & diketuk)
1 sudu kecik serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Salutan :

1 biji telur (kacau)
2 sudu tepung gandum + 1 sudu tepung jagung
100gram serbuk roti

Cara - cara :

Bersihkan ayam dan gaulkan ayam bersama serbuk lada sulah dan garam.
Masukkan dalam tupperware dan perapkan selama 3 jam dalam peti ais. Setelah cukup masa 
memerap, gaulkan pula dengan tepung gandum dan juga tepung jagung tadi. Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau. Ambil ayam dan celupkan dalam telur salut dengan serbuk roti. Buat satu persatu sehingga siap. gorengan keperangan.


Sos lada hitam :

1 tin Campbells cendawan liar
Sos lada hitam
serbuk lada hitam

cara - cara :

Masukkan sedikit air , satu tin campbells cendawan liar kemudian kacau sekejap di atas api yang sederhana. Then masukkan sos lada hitam mengikut kepedasan yang korang mahu. Last sekali masukkan serbuk lada hitam . Tadaaaa ciap dah . Simple kan :) nak tambah coleslaw pun okey gak , lagi sedap :* Yummy2....






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Selasa, 21 Mei 2013

Kenapa Lelaki Susah Nak Faham Wanita




Kenapa lelaki susah nak faham wanita??? Terutamanya wanita la kan mesti menghadapi situasi macam ni. Tak tahu la kenapa. Susah sangat ke nak faham wanita?

Pada pendapat aku la kan selalunya lelaki ni suka amik mudah. Kadang-kadang ada sesetengah perkara tu lelaki pandang remeh tapi bagi wanita itu bukan benda remeh. Walaupun kadang-kadang hanya hal kecil pon boleh bawa bergaduh.

Tapi memang aku tak nafikan la ada sesetengah wanita ni benda2 kecik pon nk kecoh mau lelaki tu macam malas nk amik port. Aku pon tak suka cm tu. Lelaki suka cakap wanita ni complicated tanpa cuba nak memahami wanita tu. :'(

Bagi aku, wanita ni memang dijadikan dengan emosi yang mudah terusik dan lelaki macam lebih gagah (walaupun ramai lelaki dh tak mcm lelaki sekarang) dan sepatutnya lelaki cuba memahami wanita dan bukannya merungut tak paham wanita. Cuba la faham kami golongan yang lemah ni. ( tak berape lemah la )

Dan aku sebagai seorang wanita juga kadang-kadang tak paham langsung perangai lelaki ni. Tapi nasib baiklah aku memang dibesarkan dalam ahli keluarga yang dipenuhi lelaki. 7 orang abang lelaki pun dh cukup aku nak paham perangai lelaki ni. Mereka sangat suka amik mudah tentang sesuatu perkara.

Perangai aku pon dh macam lelaki dulu nasib baik dh insaf sekarang dan sudah bertukar menjadi gadis ayu hahahaha...ok aku tipu. Memang tak leh nk bertukar jadi lemah lembut ckp pon slow2, control2 gitu kalo aku buat cm tu kompom kena kutuk ngan kawan2 hahaha...

Kadang2 aku berlakon jadi cm gitu dpn kawan2 pon dh kena gelak siap depa kata lagi "mung dakyoh dok buat cm tu geli aku tgk" kah3... So mcm mana? Jadi diri sendiri sudah walaupun kasar2 aku ni janji aku tak songsang hahaha...

Jadi pada lelaki cubalah memahami wanita. Sebenarnya nak handle kaum wanita ni senang jer kalo pandai amik hati dan tak buat benda yg dia tak suka pon dh cukup utk anda semua sebagai lelaki faham akan wanita.


p/s : Okey simple n perempuan juga jangan keras hati sangat taw nanti pasangan pasang cawangan laen baru taw :*
*pesanan dari penaja*

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Rabu, 15 Mei 2013

Tips Penjagaan Rambut

Assalamualaikum teman blogging ku yang ensem dan cantik ...
  Meh cini ! Hari nie Eyra nak bagi tips penjagaan rambut . Jom kita survey apa yang patut kita lakukan tuk mengekalkan rambut kita kekal cantekkkkk .... :)

Limau Nipis
Untuk mengatasi masalah rambut kering, berbiji, bercabang atau rosak, lumurkan limau nipis pada rambut kemudian biarkan selama 25 hingga 35 minit dan bilas menggunakan air bersih


Telur
Asingkan putih dan kuning telur, kemudian ambil kuning telur dan sapu pada rambut. Biarkan 15 hingga 25 minit. Seterusnya, bilas rambut menggunakan air bersih. Amalkan sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Rambut anda akan lebih bersinar.


Kacang Hijau

Rendam kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya untuk disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan-lahan. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, usah mengikat rambut dengan getah bagi mengelak rambut gugur. 



Daun Bunga Raya
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh sehingga bersih dan kisar. Kemudian perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan dua kali seminggu dan anda akan memperoleh rambut lebat, hitam dan berkilat secara semula jadi.


Susu Tepung
Masukkan dua sudu besar susu tepung dalam cawan. Bancuh dengan air suam kira-kira 60 darjah Celsius. Perahkan air limau nipis, kacau dan simpan dalam peti sejuk selama enam jam. 

Apabila pekat boleh dilumur pada rambut. Biarkan selama sejam dan bilas. Amalkan selalu, insya-Allah rambut akan semakin lembut dan mudah diurus.

 


Santan
Parut sebiji kelapa tua, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air suam. Campurkan santan dengan perahan air limau nipis, kemudian simpan dalam peti sejuk. Gunakan santan ini sebagai krim rambut. Sapukan pada rambut dengan cermat kemudian cuci sehingga bersih. Cuba selama seminggu dan lihat hasilnya.


Cukup tak tips tuh ?? tak cukup , pandai2 la korang search kat Mr.Google yang tak berapa hensem tuh . Bye :*


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Selamat Hari Guru ( 16 MEI )


Assalamualaikum....

Sempena Hari Guru pada tahun 2013 ni ingin rasanya saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di seluruh dunia dan secara khususnya buat guru-guru saya dari tadika (Tadika Nur Iman) tahun 2000-2001 di Kampung Padang Machang,Manir, guru-guru di SK Pulau Bahagia tahun 2002-2007, dan terutama sekali guru-guru di Sekolah Menengah   Kebangsaan Belara  tahun 2008-2012  . 

Selamat Hari Guru Buat Kalian Semua 


5 Dedikasi 2012

Kenangan Terakhir Bersama Puan Roslina




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Selasa, 14 Mei 2013

Si Buruk Rupa Nak CANTEKKKK :)

Assalamualaikum ! annyeonghaseyo.... *korea ko* 




Cube korang tengok tajuk entri hari nie . Macam tajuk citer indon time cuti sekolah tuh kan. hahaha . Biarkan je . Okeyh2 sambung balik . Semua orang nak cantik kan termasuk la si BURUK RUPA nih.... dah macam2 produk da Eyra guna . tapi xde prubahan langsung.. Sooooooo saddd  kan :(  Menbazirrrrr -,- abis duit taw . tapi xpe lh . Bak kata ZIZAN RAZAK
" Tawakal Innahu , Dok Try Dok Tahu " 

Sebelum nie Eyra penah guna Produk Safi Perfect 10, Sabun Beras , Sabun Papaya,Garnier Light Mask n banyak lagi lah.... bukan setakat yang moden , yang tradisional pun penah taw . p macam yang Eyra bagitahu tadi , TAK MENJADI uollllss !!! Stresssss.... Bebal betul kulit i nie ... 

Sekarang nie Eyra guna 2 produk yang dikata sememangnya tengah 'HOT' laaa kat Malaysia nie . Hot setakat mana tuh xtahu lah... macam Big Apple Donut dekat Giant Kuala Terengganu tu kot . Hahaha *merapu*


D'Herbs Lunas Herbal Soap
Harga : RM 24.90
Kegunaan : Merawat  Jerawat Kronik  & Resdung

Aura White Pure L-Glutathione 900 000 MG


Harga : RM 115 (sebotol)
Percuma : Shaker bottle &Diamond Mask
Kelebihan :
 
1) Sesuai untuk lelaki dan perempuan
2) Anda dapai merasai kesan dalam 10 hari
3) Menggunakan gabungan antioksidan terhebat didunia
4) Merawat serta mencegat jerawat
5) Wajah cerah berseri tanpa perlu SUNTIK
6) Mengecilkan liang roma
7) Merawat Enzema dan Prorisis
8) Mencegah kedutan dan kekenduran pada kulit
9) ALTERNATIF kepada SUNTIKAN VITAMIN C dan GLUTATHIONE
10) Menghilangkan Tompok Hitam dan Parut
11) Kesan Pencerahan Yang Menakjubkan
12) Meningkatkan fungsi setiap sel dan melambatkan proses penuaan
13) Mencegah kerosakan KOLAGEN
14) Meningkatkan daya ketahanan badan
15) Rambut dan kuku menjadi lebih sihat
16) Melindungi daripada sinaran UA-B
17) Menyembuhkan luka dan mencegah parut
18) Badan menjadi lebih sihat dan bertenaga
19) Membantu Menyah toksik dan pencemaran didalam tubuh
dan menghasilkan kulit lebih cerah





harap2 ape yang Eyra guna sekarang nie akn mberi effect yang baik la buat Eyra kan . Korang doakan ekk :) Okey lah . Xde pee dah yang nak di ceritakan . Sambung besok2 la plak kehh :*




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Petua Hilangkan Eye Bag Di Bawah Mata

Assalamualaikum....


gambar hiasan


Korang mengalami masalah tanda atau lingkaran hitam di bawah mata? Mata anda kelihatan seperti panda akibat kurang tidur atau keletihan tahu tak? Wakaka bajet mcm mata Eyra okay lah kan. Okay relex sebab mata Eyra pun ada eyebag + lingkaran hitam jugak sikit. Sape suruh tidur lewat kan. Padan muka v.v

Okay bagi nak menghilangkan eyebag korang / mata panda yang KETERLALUAN. Boleh ikut PETUA kat bawah ni :)



1. Campurkan perahan jus lemon dengan sedikit air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata dua kali sehari. Lakukan setiap hari sehingga mendapat hasil yang memuaskan hati.


2. Basuh uncang teh yang telah digunakan dan simpan ke dalam peti sejuk selama 10-15minit. Letakkan uncang teh yang sejuk di atas mata. Biarkan selama 15-30 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.


3. Kupas, bersihkan dan potong kentang nipis-nipis. Lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit.  Lakukan sebelum dan selepas tidur.


4. Sapu air sejuk dari peti ais di bahagian bawah kelopak mata setiap pagi selepas bangun dari tidur. Yang ni senang je :) *weehee nak try*


5. Bancuh sebiji kuning telur dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan adunan tersebut pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Lakukan sebelum tidur dan bilas dengan air bersih keesokan paginya.


6. Sapukan minyak sapi pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Biarkan selama 15 minit dan kemudian cuci muka hingga bersih. Amalkan selalu sebelum tidur.


7. Bersihkan dan potong timun nipis nipis. Bukan timun cina , timun hijau tu. CUCUMBER. Haa, lepastu letakkan atas mata korang yang comel tu , ihiks. Biarkan selama 5 hari. Kuakua gurau :p 15 minit sudah. Confirm fresh mata .


Okay itu je yang Eyra nak share hari ni. Adias!




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Isnin, 13 Mei 2013

Si Kekasih Hati


Assalammualaikum w.b.t

Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata.  Cinta bagaikan bintang di langit.  Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang menjadi igauan pemujanya. 

Cinta adalah caraku bercerita tentang dirimu dan caraku tersenyum saat menatap wajahmu.


Mulekan entry dengan mukadimah cinta. hehe.. Jarang sekali aku bercerita tentang cinta.  Setiap manusia ade yang tak pernah bercinta, pernah bercinta, serik bercinta, takut bercinta, suke bercinta.  Cinta itu satu perasaan yang indah sekali pabila lahir sayang, rindu antara pasangan.  Dulu mase sekolah cikgu pernah tanya satu soalan antara cinta dan sayang mane yang datang dahulu?  Mase tu punyelah beriya cakap CINTA.  Tapi cikgu cakap salah.  Jawapan dia SAYANG datang dahulu baru lah cinta.  Bile kite dah sayang orang tu baru lah lahir perasaan cinta.  Yelah tak kan nak cinta kalo tak sayang kan? betul jugak tu cikgu. hehe.. 

Orang yang pernah putus cinta mesti rasa sakit kan.  Sakit yang teramat.  Aku pernah rase perasaan tu satu ketika dahulu.  Biase lah tu.  Tak remaja la kalo tak pernah putus cinta.  hehehe :p  Jangan putus asa dengan cinta.  Bahagia lah terlebih dahulu dengan dirimu dan kamu akan menarik seseorang untuk berbahagia dengan dirimu.  Cinta memerlukan pengorbanan, saling memahami, saling percaya antara satu sama lain.  Dia selalu nasihat kan aku supaya ade TRUST in relationship.  Tapi kekadang biasalah pompuan kan.  Tengok bf die rapat dengan mane mane perempuan mane tak cemburu ye dak? Aku pon cmtu jgk .  Tapi tulah aku bersyukur sangat ditemui dengan seorang lelaki yang sangat penyabar layan kerenah aku.  Orang cakap dalam sesuatu perhubungan tu tak leh dua dua api.  Kene sorang air.  Aku ni ibarat api dan si dia ibarat air.  :)

Dear Kekasih Hati , 
Cintaku adalah untukmu,
Sayangku adalah untukmu,
Rinduku adalah untukmu,




Ya Allah ~ Kuatkan hati hambaMu ini dan hati si dia. Sesungguhnya bukan ini pengakhiran yang kami inginkan. Hanya padaMu Ya Allah, kami bersujud dan memohon kekuatan dan ketabahan dariMu. Kami sama-sama salah dan ketika kami mula sedar, semuanya sudah terlambat. Kami tak mampu untuk mengubahkan apa-apa yang sudah terjadi.

Ya Allah ~ Tatkala airmata mengalir, Kau berikanlah ketenangan kepada kami agar kami sama-sama dapat berfikir dengan baik. Sesungguhnya Kau lah Maha Mendengar rintihan-rintihan kami.

Ya Allah ~ Aku tahu bahawa semua perkara yang sudah terjadi ini tak mungkin akan berubah selepas ini. Cuma aku mohon kepadamu. Hubungan yang sudah sedia ada ini, jangan Kau putuskan. Sekurang-kurangnya Kau berikanlah kami peluang untuk lebih mengenali antara satu sama lain dan kenal isi hati budi kami

Ya Allah ~ Sekiranya si dia adalah jodoh aku, Kau panjangkan lah jodoh kami sehingga ke akhir nafas kami. Kau tariklah nyawa aku dengan wajah dia adalah wajah yang terakhir aku dapat tatap dan Kau berikanlah aku peluang pergi kepadaMu dengan mengetahui bahawa Dia adalah yang terbaik untuk aku. Sesungguhnya, aku menyintai dia kerana dia menyintaiMu

Ya Allah ~ Sekiranya dia bukan untuk aku, bawa lah aku pergi jauh dari semua ini. Kau temukanlah aku dengan seseorang yang mampu memberi aku senyuman dan kebahagian yang aku cari selama ini. Dan kau berikanlah si dia jodoh baik-baik, yang dapat menemani dia siang dan malam, susah dan senang. Kau lindungkan lah dia dari perkara yang tak diingini

Ya Allah ~ Perkenankanlah doaku ini. Sesungguhnya aku hanyalah hambaMu yang mencari sinar kebahagian dan kegembiraan dalam hidupnya di atas muka bumi ini. Aminn ~



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Durian Crepe


Holllaaaaaaaa teman-teman!!! sape tak kenal durian crepe kat cini ? kalau xkenal , meh eyra tunjukkan gambar dia . nak tak? nak tak ?? nak la k . haha . nah ambik ko ! 



Haaaa....nak rase , korang bleyh lar try resepi yang eyra bagi nie ! rugi klau xbuat nihh . Sedapppp~~~ Lagipun nak buat durian crepe nie xsusah pn taw sebenarnya... Okey lah... Selamat mencuba :)

Bahan-bahan ( seisi keluarga 4-5 )

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu segar
  • Sedikit esen vanila + beberapa titik pewarna kuning
  • Secubit garam
  • 2 atau lebih cawan air biasa (sehingga adunan tu ala adunan roti jala ataupun lempeng)
  • 1 sudu besar minyak biasa atau majerin yg telah dicairkan yatt guna apa yg ada kt rumah
  • Utk inti
  • 1 kotak kecil Whipping cream + 1 sudu aising sugar
  • Durian

   Cara-cara

  1. Campuran semua bahan di atas kecual bahai utk inti. Tapis. Guna non stick pan. Sendukan adunan diatas pan dgn api sederhana panas. Tunggu sehingga atas dah masak terus angkat.yatt masak sebelah je .
  2. Blend whipping cream dgn 1 sudubesar gula aisingdan sejukkan ke dlm freeze. Asingkan isi durian dr biji. Ambil setiap crepe yg sudah siap masak tadi (yatt guna permukaan yg masak td utk letak inti krn permukaan satu lg nampak licin dan cantik) sudukan sedikit whipping cream dan isi durian dan gulung inti dgn kemas.
  3. Kalu boleh sejukkan crepe utk sementara baru mkn.lagi sedap

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Nasi Ayam


Resepi Nasi Ayam yang sangat sedap sangat jarang ditemui. Kebanyakkan resepi nasi ayam yang sedap dirahsiakan. Tapi, kini kami ingin membongkarkan rahsia resepi nasi ayam yang sangat sedap.
Berikut adalah resepi dan cara memasak nasi ayam special yang sangat sedap! :)

gambar hiasan


Nasi Ayam Istimewa
Bahan-bahan (Sesuai untuk 6-8 orang )
Untuk direbus :
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk
Untuk diperap :
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan
Ayam dipotong sederhana kepada banyak bahagian, bersihkan dan lumurkan dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk bersama 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.

Untuk nasi
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia – ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
Air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 helai daun pandan
Pewarna kuning
Basuh beras dan tos beras tersebut. Panaskan butter lalu tumiskan bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan goreng seketika sehingga keluarnya aroma herba dan rempah. Masukkan air rebusan ayam dan garam secukupnya. Masukkan sedikit pewarna. Masak nasi seperti biasa. 

Untuk sos Nasi Ayam
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam
Kisarkan semua bahan di atas. Tambah tomato sos atau sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar bagi menambah rasa masakan.
Untuk sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris.
Gunakan air rebusan ayam tadi dan didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.

Untuk kicap 
Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
Air rebusan ayam
Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam alat pengisar dan kisar sampai jadi pekat. Tipsgunakan kicap kipas udang.
Setelah siap kesemuanya, hidangkan ketika panas. Nasi ayam sesuai dihidangkan tidak kira waktu sama ada untuk sarapan, sahur, makan tengahari dan juga makan malam. Sediakan air sejuk sekali seperti jus mango atau jus oren bersama hidangan nasi ayam. LIKE dan SHARE resepi nasi ayam yang sangat sedap ini.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Ahad, 12 Mei 2013

Petua Berkesan Menghilangkan Jerawat

Assalamualaikum semua :)

Nah ! amik nie ... Selamat mencuba :) 


Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Salam Perkenalan


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by IniBelogPendekPunyer :)