Korang pernah makan chicken chop x ? pernah kan , tapi tak tahu camne nak buat kat rumah . Jom eyra tunjukkan kan resepi yang paling mudah dan menjimatkan kos . Lepas nie xpayah la susah2 nak pergi kedai kan :)
Bahan - bahan :
Chicken chop & sos lada hitam :
4 bahagian peha/dada ayam (di buang tulang & diketuk)
1 sudu kecik serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Salutan :
1 biji telur (kacau)
2 sudu tepung gandum + 1 sudu tepung jagung
100gram serbuk roti
Cara - cara :
Bersihkan ayam dan gaulkan ayam bersama serbuk lada sulah dan garam.
Masukkan dalam tupperware dan perapkan selama 3 jam dalam peti ais. Setelah cukup masa
memerap, gaulkan pula dengan tepung gandum dan juga tepung jagung tadi. Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau. Ambil ayam dan celupkan dalam telur salut dengan serbuk roti. Buat satu persatu sehingga siap. gorengan keperangan.
Sos lada hitam :
1 tin Campbells cendawan liar
Sos lada hitam
serbuk lada hitam
cara - cara :
Masukkan sedikit air , satu tin campbells cendawan liar kemudian kacau sekejap di atas api yang sederhana. Then masukkan sos lada hitam mengikut kepedasan yang korang mahu. Last sekali masukkan serbuk lada hitam . Tadaaaa ciap dah . Simple kan :) nak tambah coleslaw pun okey gak , lagi sedap :* Yummy2....

.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)












